Permulaan penubuhan Unit Integriti dan Pematuhan UPSI mengikut arahan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2013 berkaitan penubuhan Unit Integriti di semua Universiti Awam. Pada awal penubuhan diletakkan di bawah Bahagian Governan, Jabatan Pendaftar dengan menggabungkan dua unit utama iaitu Unit Integriti dan Unit Pematuhan.
Unit Integriti dan Pematuhan (UIP) secara rasminya diletakkan di bawah Jabatan Pendaftar.
Secara rasminya UIP ditukarkan kepada Unit Integriti (UI) dan diletakkan di bawah Naib Canselor.
AKTIVITI TERKINI
UPSI KE ARAH PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH (ABMS) MS ISO 37001 : 2025
Universiti komited dalam memperkukuh tadbir urus berintegriti melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Antirasuah berasaskan standard antarabangsa MS ISO 37001:2025.
Pelaksanaan ABMS merangkumi pembangunan Polisi Antirasuah, penilaian risiko rasuah, kawalan kewangan dan bukan kewangan, pengurusan konflik kepentingan, serta mekanisme pelaporan salah laku. Melalui pendekatan ini, universiti dapat memastikan setiap proses kerja dilaksanakan secara telus, adil dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.
Universiti bertanggungjawab memastikan semua urusan melibatkan kewangan, perolehan, penyelidikan dan pentadbiran dilaksanakan dengan penuh integriti. ABMS bukan sekadar keperluan audit atau pensijilan, tetapi merupakan komitmen berterusan untuk membudayakan etika kerja yang jujur dan berakauntabiliti dalam kalangan warga universiti.
JELAJAH DAGS UPSI
PUNCA KUASA
Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah Universiti Pendidikan Sultan Idris Kali Ke-7 Bil. 3/2022 bertarikh 21 Disember 2022
TARIKH PENUBUHAN
03 Januari 2023
OBJEKTIF PENUBUHAN
Menggubal dan merangka satu dasar dan garis panduan serta tatacara pengendalian kes gangguan seksual di UPSI sejajar dengan inisiatif di dalam Pelan Antirasuah UPSI di bawah Bidang Keutamaan Tadbir Urus
Mengendalikan kes-kes aduan gangguan seksual yang melibatkan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdasarkan dasar yang telah ditetapkan