INFO TERKINI INTEGRITI

AKTIVITI TERKINI

SEMINAR TATAKELOLA KEBANGSAAN 2025 (STAKE'25)

Dalam era Revolusi Perindustrian 4.0, Kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan penting dalam mempercepatkan inovasi dan mengubah cara organisasi beroperasi.

Pendedahan kepada semua pegawai awam yang hadir dalam meningkatkan pengetahuan yang mendalam tentang cara untuk menguatkan integriti dalam organisasi serta mengekalkan tata kelola yang efisien. Selain itu, seminar ini juga memfokuskan kepada pengenalpastian langkah-langkah praktikal yang boleh diambil untuk mengurus risiko yang berkaitan dengan teknologi terkini yang di luar kawalan. 

TARIKH SEMINAR : 25 – 26 JUN 2025
BERTEMPAT : HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR

JELAJAH DAGS UPSI

PUNCA KUASA

Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah Universiti Pendidikan Sultan Idris Kali Ke-7 Bil. 3/2022 bertarikh 21 Disember 2022

TARIKH PENUBUHAN

03 Januari 2023

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Menggubal dan merangka satu dasar dan garis panduan serta tatacara pengendalian kes gangguan seksual di UPSI sejajar dengan inisiatif di dalam Pelan Antirasuah UPSI di bawah Bidang Keutamaan Tadbir Urus
  2. Mengendalikan kes-kes aduan gangguan seksual yang melibatkan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdasarkan dasar yang telah ditetapkan