BENGKEL PEMBINAAN MODUL KURSUS TADBIR URUS, ANTIRASUAH & INTEGRITI (TUAI) UPSI
25 JANUARI – 27 JANUARI 2025TAMU HOTEL, KUALA LUMPUR
Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-13 Bil. 1/2024 pada 15 Disember 2024 telah bersetuju dengan pelaksanaan Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021: Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) untuk diguna pakai di peringkat Universiti.
MPGIA memberi fokus kepada aspek integriti, tadbir urus baik serta rasuah. Pelaksanaan MPGIA juga selaras dengan peranan Unit Integriti yang bertindak sebagai focal point dalam agensi awam berhubung pengurusan isu-isu integriti, tadbir urus dan rasuah. Pelaksanaan program/aktiviti integriti dan antirasuah adalah terangkul dalam teras Pengukuhan Integriti.
Bengkel Pembinaan Modul bagi Kursus Tadbir Urus, Antirasuah & Integriti (TUAI) antara Unit Integriti, Bahagian Perundangan Dan Bahagian Audit Dalam , UPSI. Satu Modul bagi Kursus TUAI telah dirangka oleh Jawatankuasa Pembina Modul yang dilantik dan akan ditawarkan kepada kumpulan sasaran bermula Februari 2025.
Pembinaan modul dan penawaran Kursus TUAI kepada warga universiti tersebut adalah inisiatif yang akan dilaksanakan UPSI dalam membudayakan nilai Integriti serta mengukuhkan tatakelola universiti dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang baik serta budaya pembanterasan rasuah diperkasakan diperingkat dalaman universiti.
KURSUS TUAI SIRI 1/2025
