PIAGAM PELANGGAN

Unit Integriti dan Pematuhan melaksanakan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 berdasarkan enam (6) fungsi teras integriti untuk:

  • Memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) diadakan tiga (3) kali setahun.

  • Memastikan setiap aduan mengenai pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi diberi maklum balas selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima oleh Unit Integriti dan Pematuhan.

  • Memastikan pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Pematuhan Pengauditan Pengurusan Pusat Tanggungjawab diadakan sekurang-kurangnya lapan (8) kali setahun.