LATAR BELAKANG

PENUBUHAN UNIT INTERGRITI

Penubuhan Unit Integriti dan Pematuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah pada tahun 2013 mengikut arahan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 berkaitan Penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam.

Bagi memantapkan lagi keutuhan sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia, Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) ditubuhkan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 1 Tahun 2014.

Pada awal penubuhan, Unit ini diletakkan di bawah Bahagian Governan, Jabatan Pendaftar dengan menggabungkan dua (2) UNIT utama iaitu Unit Integriti dan Unit Pematuhan. Mulai 03 Julai 2017, Unit Integriti dan Pematuhan, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah beroperasi secara rasminya di bawah Jabatan Pendaftar. Secara rasminya buat masa ini Unit Integriti dan Pematuhan, UPSI bertanggungjawab melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

  • Tadbir Urus
  • Pengukuhan Integriti
  • Pengesanan dan Pengesahan
  • Pengurusa Aduan
  • Tatatertib

 

Selain daripada itu, Unit ini juga bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan Mesyuarat Pematuhan Pengauditan Pengurusan Pusat Tanggungjawab yang diadakan lapan (8) kali setahun dan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Kes Kehilangan (mengikut kes kehilangan yang dilaporkan).