- Mewujudkan pentadbiran universiti dan perkhidmatan awam yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integrity yang tinggi melalui pembudayaan dan pengamalan nilai-nilai murni dan etika.
- Merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan pencegahan dan pemulihan bagi mengatasi masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan terutamanya dalam pengurusan kewangan universiti, pentadbiran awam, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh agama serta perundangan dan peraturan.
- Mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu semasa berimpak tinggi yang merentasi agensi secara proaktif melalui mekanisme musyawarah, permuafakatan dan tindakan segera untuk warga universiti.