E-BOOK PELAN ANTIRASUAH (OACP) UPSI 2021-2025

Pelan Antirasuah Organisasi OACP UPSI 2021-2025 ini telah dibangunkan seiring dengan komitmen Kerajaan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dan Pelan Antirasuah Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 - 2024.



Objektif utama OACP UPSI 2021 - 2025


i. Menggariskan kerangka dan hala tuju tindakan pencegahan bagi menangani isu dan permasalahan rasuah khususnya di dalam universiti dengan lebih jelas dan berkesan.


ii. Membudayakan amalan kerja yang berteraskan kecemerlangan melalui sistem pentadbiran UPSI yang cekap, berintegriti, bermoral, beretika serta mempunyai minda kelas pertama.


iii. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama berpasukan warga UPSI untuk membanteras rasuah.
iv. Meningkatkan imej UPSI dan kepercayaan pemegang taruh serta masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh universiti.


Visi utama OACP UPSI 2021 - 2025


Menjadikan warga kerja UPSI yang bebas rasuah dengan membudayakan ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang sangat tinggi melalui tiga misi yang telah ditetapkan, iaitu:

i. Mengenal pasti faktor, bentuk, kebarangkalian, potensi dan kesan rasuah dalam UPSI mengikut bidang keutamaan.
ii. Membaiki kelemahan tadbir urus dan integriti dalam UPSI.
iii. Melaksanakan inisiatif secara kolektif bagi menangani rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.