Apakah yang dimaksudkan dengan SALAH LAKU pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan? Menurut seksyen 24(1) Akta 700, salah laku bermaksud:
- apa-apa TINDAKAN YANG DIAMBIL atau TIDAK DIAMBIL oleh pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan yang:
- berlawanan dengan undang-undang bertulis;
- berdasarkan kesilapan undang-undang atau fakta;
- alasan patut diberikan tetapi tidak diberikan.
- adalah tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar; dan
- dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan atau pertimbangan yang tidak berkaitan.
- gagal mengikuti kaedah dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang atau oleh pihak berkuasa yang berkenaan; dan
- apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan.
Contoh salah laku yang diadukan kepada Suruhanjaya:
- Aduan pengadu tidak diambil dengan betul di mana pegawai yang menerima aduan pengadu gagal mencatatkan butiran yang diberikan oleh pengadu.
- Siasatan yang mengambil masa yang terlalu lama dan pengadu tidak dimaklumkan mengenai status siasatan walaupun berkali-kali menghubungi Pegawai Penyiasat.
- Pegawai penyiasat melengah-lengahkan siasatan.
- Pertuduhan dikenakan tanpa mengambil kira sepenuhnya fakta kes dan undang-undang terpakai.
- Pegawai penguat kuasa membuat arahan yang menguntungkan pihak-pihak tertentu.
- Kertas siasatan ditutup (Tiada Tindakan Lanjut) terlalu cepat 1 – 3 hari.
- Agensi penguatkuasaan tidak ambil tindakan menangkap penjenayah walaupun jenayah yang berleluasa telah dilaporkan dan penjenayah dikenal pasti.
JENIS KESALAHAN
Rasuah | Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) (Akta SPRM 2009) | Perbuatan memberi, meminta dan menerima suapan (wang, derma, hadiah, pinjaman, seks, fi, diskaun, rebat, komisen, bonus, barang berharga, aset dan sebagainya) atau mengemukakan dan/atau memperakukan tuntutan perbelanjaan palsu.( Sek. 17 dan 18 Akta SPRM 2009) |
Penyelewengan | Kanun Keseksaan | Perbuatan memalsukan dokumen/maklumat, pecah amanah jenayah, menipu, menyamar dan bersubahat melakukan kesalahan di atas. (Sek. 109, 165, 168, 405, 409, 420, 468 Kanun Keseksaan) |
Salah guna kuasa | Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) | Menggunakan pangkat, kedudukan, jawatan dimana dia mendapat faedah yang melibatkan diri sendiri dan ahli keluarganya.(Sek. 23 Akta SPRM 2009) |
Kelemahan sistem dan tatacara kerja | Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) | Perbuatan melambat-lambatkan proses permohonan permit/lesen, tuntutan bayaran kerja dan perkhidmatan, pengurusan fail dan rekod yang lemah, kelambatan mengambil tindakan awal keatas aduan-aduan awam dan lain-lain. [Sek.7 (c), (d) dan (e) Akta SPRM 2009] |
Salah laku | Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 | Perbuatan tidak beretika, tidak berdisiplin, berniaga tanpa kebenaran, pakaian tidak senonoh, dadah, gangguan seksual, menyenggara kehidupan melebihi emolumen, keberhutangan serius, ponteng kerja dan sebagainya.(Perkara 4-23) |