ADUAN SALAH LAKU

Apakah yang dimaksudkan dengan SALAH LAKU pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan? Menurut seksyen 24(1) Akta 700, salah laku bermaksud:

  1. apa-apa TINDAKAN YANG DIAMBIL atau TIDAK DIAMBIL oleh pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan yang:
    • berlawanan dengan undang-undang bertulis;
    • berdasarkan kesilapan undang-undang atau fakta;
    • alasan patut diberikan tetapi tidak diberikan.
    • adalah tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar; dan
    • dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan atau pertimbangan yang tidak berkaitan.
  2. gagal mengikuti kaedah dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang atau oleh pihak berkuasa yang berkenaan; dan
     
  3. apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan.

Contoh salah laku yang diadukan kepada Suruhanjaya:

  • Aduan pengadu tidak diambil dengan betul di mana pegawai yang menerima aduan pengadu gagal mencatatkan butiran yang diberikan oleh pengadu.
  • Siasatan yang mengambil masa yang terlalu lama dan pengadu tidak dimaklumkan mengenai status siasatan walaupun berkali-kali menghubungi Pegawai Penyiasat.
  • Pegawai penyiasat melengah-lengahkan siasatan.
  • Pertuduhan dikenakan tanpa mengambil kira sepenuhnya fakta kes dan undang-undang terpakai.
  • Pegawai penguat kuasa membuat arahan yang menguntungkan pihak-pihak tertentu.
  • Kertas siasatan ditutup (Tiada Tindakan Lanjut) terlalu cepat 1 – 3 hari.
  • Agensi penguatkuasaan tidak ambil tindakan menangkap penjenayah walaupun jenayah yang berleluasa telah dilaporkan dan penjenayah dikenal pasti.

JENIS KESALAHAN

RasuahAkta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) (Akta SPRM 2009)Perbuatan memberi, meminta dan menerima suapan (wang, derma, hadiah, pinjaman, seks, fi, diskaun, rebat, komisen, bonus, barang berharga, aset dan sebagainya) atau mengemukakan dan/atau memperakukan tuntutan perbelanjaan palsu.( Sek. 17 dan 18 Akta SPRM 2009)
PenyelewenganKanun KeseksaanPerbuatan memalsukan dokumen/maklumat, pecah amanah jenayah, menipu, menyamar dan bersubahat melakukan kesalahan di atas. (Sek. 109, 165, 168, 405, 409, 420, 468 Kanun Keseksaan)
Salah guna kuasaAkta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)Menggunakan pangkat, kedudukan, jawatan dimana dia mendapat faedah yang melibatkan diri sendiri dan ahli keluarganya.(Sek. 23 Akta SPRM 2009)
Kelemahan sistem dan tatacara kerjaAkta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)Perbuatan melambat-lambatkan proses permohonan permit/lesen, tuntutan bayaran kerja dan perkhidmatan, pengurusan fail dan rekod yang lemah, kelambatan mengambil tindakan awal keatas aduan-aduan awam dan lain-lain. [Sek.7 (c), (d) dan (e) Akta SPRM 2009]
Salah lakuPeraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993Perbuatan tidak beretika, tidak berdisiplin, berniaga tanpa kebenaran, pakaian tidak senonoh, dadah, gangguan seksual, menyenggara kehidupan melebihi emolumen, keberhutangan serius, ponteng kerja dan sebagainya.(Perkara 4-23)